Pantun Brunei Datanglah ke Brunei >> pantunseribu


Datanglah ke Brunei 




Biru penghujung lautan indah,
jiwa merasa nyamannya benua,
Baru berkampung sudah berpisah
bilakah masa hendak bersua?

Pagi-pagi padi dituai,
Padi dituai pakai nyiru,
Tunggu lagi masa sesuai,
Orang brunei setiasa merindu...

terbang tinggi si burung punai,
lalu hinggap di pohon jati.
Ada rezeki datanglah ke Brunei,

datang ke Brunei untuk bercuti.

lepas makan kena lah cuci
lepas itu pergi main serunai
amboi cik abg ambil lah cuti

lekas2 lah dtg brunei

orang Melaka berdondang sayang
ke kota lama menjual kain
tuan tak kasih saya tak sayang
sama-sama mencari lain

Daun Simpur melambai-lambai
pohon Gaharu wangi baunya
kita melungsur seluruh Brunei
benda baharu disaksi mata

Tasik Sarubing tasiknya tenang
berpondok-pondok lain namanya
kita berunding mula berbincang
orang tunduk berilmu namanya

Dari Sarubing ke Tasik Lama
menjana idea mencipta pantun
kita bertanding penunjuk bicara
bukti kita kaya santun

Sungai Damuan sungainya tenang
penanda arus sungai Brunei
majlis jamuan orang pun senang
biji Jagus maritah tarai

Buah kelapa sedap dimakan
rasanya enak jadi hidangan
silap kata mohon maafkan
selembar kasih jadi kenangan

Melayu berdaulat buminya permai
“Islam & Raja” mahkota negeri
Kenangan manis di Negara Brunei
Orangnya mulia baiknya budi

Bunga melati di dalam taman
Dipetik bunga tandanya suka
Jika hati sudah berkenan

Bumi tercinta sedia terbuka

Terbang sekawan rama-rama
Dari titi turun ke rumput
Budi tuan saya terima
Dari hati tidak kan luput

Merah baju merah
Cik abg jgn la marah

Biru baju biru
Cik abg jgn cemburu

Hijau baju hijau
Cik abg jgn lah risau


Ungu baju ungu
Cik abg byk la ilmu 

















Related Posts

Previous
Next Post »