Contoh Pantun Nasihat Malaysia



Contoh Pantun Nasihat dari Melayu Malaysia


Jikalau malang membawa upih,
Janganlah datang dengan menyisih;
Paku dulang paku serpih,
Mengata orang dia yg lebih.

Walau sembuh luka dimata,
Takkan sembuh bara bertimpa;
Jika tak tumbuh takkan melata,
Jika tak sungguh orang tak kata.

Hendak ditepuk si daun salang,
Tengah meracik tertikam duri;
Terus ditepuk air di dulang,
Habis terpercik kemuka sendiri.

Jika lidah tergigit gigi,
Tentulah luka berdarah lagi;
Ibarat meludah kelangit tinggi,
Jatuh tertimpa muka sendiri.

Membawa bayam kehujung kampung,
Mencari nyonya menjual setanggi;
Ibarat ayam riuh sekampung,
Nyata rupanya bertelur sebiji.

Meningkah semalu didalam puan,
Kain diambil dayang pun hilang;
Tidakkah malu padamu tuan,
Lain diambil lain yang pulang.

Melata bermain orang teriak,
Singgah menjulur lenguh berdiri;
Mengata kain orang terkoyak,
Sudahkah diukur baju sendiri?

Kalam bertinta curahan bernas..
Dari nurani seorang bestari..
Mengapa tuan perginya lekas..
Baru hamba mampir kemari..

Tidakkan sama kiambang kemari,
Berada diamnya dipurun memusnah;
Masakan berlama terbang kenari,
Ada masanya turun ke tanah.

Beralah angsana digoyang embun,
Melambai pedada pulailah menjadi;
Apalah guna di bayang rimbun,
Andai tiada mencelah kedidi.

Siulnya senada merangsang gerak,
Melangkah walang diarak berkiam;
Bukannya tiada kicauan sang merak,
Ditingkah helang merak berdiam.

Burung pedada burung ketitir.. .
Sama terbang membelah senja....
Tuan umpama permata sebutir..
Meninta pantun penuh bersahaja

Pelikan di rimba membina tapa,
Melata indah takar berbingkah;
Berikan hamba pena bertempa,
Meninta madah melakar warkah.

Berperi diriba lambaian bayangmu,
Menindan ragu angan bergema;
Ajari hamba tarian ilmu,
Sepadan lagu dengan irama.

Lagu irama rentak sepadan...
Gubahan anak melayu jati...
Berikan hamba waktu berdandan...
Sambil berfikir sambil cermati...

Bunga mawar lambang cinta,
Mawar sudah begitu nasibnya;
Tiada tawar di ambang kata,
Tiada rebah mengikut budaya

Mawar indah pohon berduri...
Petik setangkai letak di dulang...
Tinggallah puan tinggal sendiri...
Meninta madah berhati walang..

Mencerap culas tiadanya melarang,
Masakan tadi memakan cempedak;
Mengharap belas kasihnya orang,
Entahkan sudi entahkan tidak.

Jgn lah merajuk pergi
Madah tercipta indah sekali
Mungkinkah tiada yg tandingi
Tinta mu MaHal sekali

Tidak memikat di perdu semalam,
Tertanya nak dara di balik bambu;
Hendak menekat baldu bersulam,
Berinya kelara carik beribu.

Di perdu merimbun bersarang pekaka...
Hendak memberi makan bersuap...
Di hati terhimpun pertanyaan belaka..
Mengapa menyinggah hanya sekejap..

Tumbuhnya tegak jadilah tonggak,
Nantikan melata menyerak sengaja;
Anaknya gagak tetaplah gagak,
Masakan menyinta merak dipuja.

Tegak tertonggak sitiang seri...
Tiada terlawan tiang beribu. ..
Sungguhlah megah si merak berperi...
Tiadalah terlawan si sibu sibu..

Tintaku disini tiada berperi...
Bersulam madah seloka gurindam...
Tinta di sini bertinta sendiri...

Berkelam maksud tiada berdendam..

mendulang emas didalam kali;
belajar sendiri tanpa berkitab;
 madah tuan hamba tidak terperi;
 namun hanya keluh tanpa jawab

perawan keladang menyemai padi;
 jangan tumbuh jadi ilalang;
coretan puan amat berarti;
jangan rajuk jadi penghalang;

Pantun Campuran

Sunguh lapang hati di dada,
Fikiran kusut telerai sudah.
Yang di sygi kembali ada,
hidup ku ceria kembali indah.

Indah sungguh cuaca cerah...
Yang di sayangi kembali ada..

Hidup nya ceria kembali sudah..
Hanya menanti hari bahagia..

Kalaw sauh panjang sejengkal....
Untuk apa berdayung sampan.....
Kalaw hidup untuk di selingkuh....
Untuk apa cari yang tampan.....

jika sampan sdh brlabuh..
jgn biarkan hanyut krna gelombang.
jika psgan tampan berselingkuh
jgn pula awak tbwa meradang

Kalau sau panjang sejengkal
Lautan dalam jangan diduge
Hidup selingkuh kurang akal
Cantik/tampan mati tk brnyawe.

Ape gune brkaen batek
Kalau sekayu panjang sedepe
Ape gune brwajah cantik
Kalau hidup tdk setie

Kak ros org nya cantek.
Sudah pasti org nya cerdik
Udah tak pandai ilmu cetek
Tak terlintas hati nk bodek

 Udah besar panjang joran nya
Kenapa lak mancing di dlm parit
Tak pandai panton nak tanya

Tersalah mkn terkena cerit

Sungguh cantik brbaju batik..
batik tenunan org Jogja...
wajah cantik kelaku baek..
itu sekarang yg org keja

Berlalu kedapur menyiap kuaci,
Lagak bersembang mencari bertih;
Meyapu kapur setiap inci,
Gagak yang hitam nak jadi putih.

Menerung semak pualam bersifat,
Burung merbuk tadi berburu;
Ku renung ku semak dalam makrifat,
Burung yang mabuk menjadi guru.

Apakah dedalu menjamu puan?,
Angsana berbadam menjalar adanya;
Tidakkah malu bagi mu tuan?,
Laksana ketam mengajar anaknya.

Terluka menjarak seraya mengagak,
Pisang dilantai dahulu berdiam;
Kusangka merak rupanya gagak,
Musang pun pandai berbulu ayam.




Related Posts

Previous
Next Post »